Selasa, 31 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » Kepala hancur digilis

Kepala hancur digilis

Oleh Suraya Roslan
Seremban: "Tak nak jumpa korang (kamu) lagi dah," itu gurauan terakhir seorang lelaki yang maut bersama rakannya dalam kemalangan menyayat hati apabila digilis beberapa kenderaan di Kilometer 245.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, mangsa, Leftenan Kolonel (B) Datuk Che Yang Samsudin, 54, dan rakannya, Ahmad Zamakhsyari Sapawi, 39, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat tercampak keluar dari kereta dinaiki selepas dirempuh sebuah kenderaan yang masih dikesan sehingga kini.
Rakan mangsa, Rohaya Mohd Aziz, 36, tidak menyangka gurauan bosnya yang memiliki syarikat perniagaan dalam talian dikenali sebagai Double Maths, menjadi petanda akan meninggalkan mereka selamanya.
"Sebelum kejadian saya bersama kedua-dua mangsa dan beberapa rakan lagi berada di Parit Jawa, Muar untuk bertemu pelanggan bagi memperkenalkan perniagaan ini kepada orang ramai dan merekrut perwakilan.
"Kemudian, kami ke sebuah restoran untuk makan sebelum beberapa perwakilan bergurau dengan arwah Che Yang.

"Tiba-tiba arwah mengeluarkan kenyataan tidak mahu jumpa kami lagi, bagaimanapun kami tidak perasan sehinggalah kejadian ini berlaku," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam.


myMetro


Tidak ada komentar:

Posting Komentar