Jumat, 20 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » Bas Senget Bawa Penumpang

Bas Senget Bawa Penumpang


GEORGETOWN – Sebuah bas ekspres yang dipandu dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang didapati membawa penumpang dalam keadaan senget.

Setiausaha Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Farhan Abdul Wafi berkata, kejadian itu dikesan ahli persatuannya ketika melalui Lebuhraya Utara Selatan PLUS.

Menurutnya, saksi dengan jelas dapat melihat bas berkenaan dipenuhi dengan penumpang dan dibawa dalam keadaan laju.

“Pada mulanya rakan saya fikirkan ia mungkin disebabkan tayar bas yang pancit menyebabkan ia senget, namun setelah memintas bas berkenaan, didapati tayar bas tersebut langsung tidak pancit.

“Ini jelas menunjukkan sememangnya pemandu bas dan juga syarikatnya langsung tidak peka dan prihatin dengan nyawa penumpang,” katanya kepada Sinar Harian.

Lebih menakutkan apabila bas senget berkenaan dipandu dalam keadaan laju dan sering berada di lorong kanan untuk memotong kenderaan lain.

Farhan berkata, bas itu diekori sehingga ke Pulau Pinang oleh rakannya dari susur keluar Tangkat Jering, Perak.

Namun anehnya, sepanjang jalan berkenaan, bas berkenaan langsung tidak berhenti di hentian rehat yang disediakan untuk membuat pemeriksaan bas.

“Apa nilai nyawa penumpang kepada syarikat bas ini? Adakah sekadar hanya RM1 atau RM2, ataupun sekadar mementingkan keuntungan semata-mata.

“Sebolehnya kami masyarakat di negara ini tidak mahu lagi kemalangan melibatkan bas seperti di Genting Highlands berlaku kembali,” katanya. – Sinar Harian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar