Minggu, 29 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Ratusan maut kerana cuaca panas

Ratusan maut kerana cuaca panas

Cuaca panas di Britain, ratusan maut

LONDON - BRITAIN. Cuaca panas di Britain didakwa meragut kira-kira 760 nyawa dalam tempoh sembilan hari antara 6 dan 15 Julai lalu.

Dipetik Press TV, kajian menunjukkan cuaca panas terik itu turut menyebabkan kematian mengejut antara 540 dan 760 penduduk di negara tersebut.

Ketua Perlindungan Kesihatan Awam,Profesor Virginia Murray berkata, keadaan itu mencetuskan kebimbangan kerana ia meningkatkan risiko kematian.

Angka kematian mungkin meningkat kerana suhu dijangka meningkat sekali ganda iaitu 35 darjah Celsius sehingga minggu depan.

Difahamkan, cuaca panas melampau boleh menyebabkan strok haba, sekali gus mengakibatkan kerosakan otak dan kematian.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar