Kamis, 26 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Bertarung Nyawa Dihempap 500 Bata

Bertarung Nyawa Dihempap 500 Bata


GEORGE TOWN — Seorang pekerja binaan Myanmar sedang bertarung dengan maut di Hospital Pulau Pinang selepas dihempap kira-kira 500 bata di sebuah tapak pembinaan di Bayan Lepas hari ini.

Berikutan kejadian itu, Hossain, 24, dimasukkan ke wad penjagaan rapi dan menurut doktor, dia kini berada dalam keadaan kritikal.

Ketika kejadian pada pukul 10 pagi, mangsa bekerja di tingkat empat sebuah bangunan yang sedang dibina apabila tiba-tiba lebih kurang 500 bata terjatuh dari tingkat 12 dan menimpanya setelah lantai alat pengangkut patah.

Akibatnya, Hossain jatuh ke tingkat tiga sebelum rakan sekerjanya menghantar mangsa ke hospital.

Sementara itu, adik mangsa Amir Hussain, 17, ketika ditemui di hospital berkata Hossain cedera di leher dan belakang badan.– BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar