Selasa, 31 Desember 2013

Kepala hancur digilis

Oleh Suraya Roslan
Seremban: "Tak nak jumpa korang (kamu) lagi dah," itu gurauan terakhir seorang lelaki yang maut bersama rakannya dalam kemalangan menyayat hati apabila digilis beberapa kenderaan di Kilometer 245.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, mangsa, Leftenan Kolonel (B) Datuk Che Yang Samsudin, 54, dan rakannya, Ahmad Zamakhsyari Sapawi, 39, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat tercampak keluar dari kereta dinaiki selepas dirempuh sebuah kenderaan yang masih dikesan sehingga kini.
Rakan mangsa, Rohaya Mohd Aziz, 36, tidak menyangka gurauan bosnya yang memiliki syarikat perniagaan dalam talian dikenali sebagai Double Maths, menjadi petanda akan meninggalkan mereka selamanya.
"Sebelum kejadian saya bersama kedua-dua mangsa dan beberapa rakan lagi berada di Parit Jawa, Muar untuk bertemu pelanggan bagi memperkenalkan perniagaan ini kepada orang ramai dan merekrut perwakilan.
"Kemudian, kami ke sebuah restoran untuk makan sebelum beberapa perwakilan bergurau dengan arwah Che Yang.

"Tiba-tiba arwah mengeluarkan kenyataan tidak mahu jumpa kami lagi, bagaimanapun kami tidak perasan sehinggalah kejadian ini berlaku," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam.


myMetro


ReadFull Article ..

ARMSTRONG – MANUSIA PERTAMA BERJALAN DI BULAN MENINGGAL DUNIA


Neil Armstrong, yang mencatatkan sejarah sebagai manusia pertama berjalan di bulan iaitu pada 1969, meninggal dunia semalam.

Mendiang berusia 82 tahun.

Armstrong meninggal dunia susulan komplikasi dialaminya selepas menjalani pembedahan pintasan jantung awal bulan ini, kata keluarganya menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu tidak memberi butiran masa dan tempat mendiang meninggal dunia.
Pembedahan itu dijalankan dua hari selepas beliau menyambut ulang tahun hari jadinya pada 5 Ogos lalu.
Selaku komander misi Apollo 11, Armstrong muncul sebagai orang pertama berjalan di bulan iaitu pada 20 Julai 1969. Ketika itu mendiang berusia 38 tahun. Detik Armstrong mendarat di bulan telah ditonton oleh lebih 500 orang.

November lalu, beliau menerima Pingat Emas Kongres Amerika Syarikat (AS), pingat tertinggi yang diberikan kepada orang awam di negaranya.

Armstrong dan rakannya, Edwin ‘Buzz’ menghabiskan masa kira-kira tiga jam berjalan di bulan dengan mengumpulkan sampel, menjalankan ujian dan merakamkan foto. Seorang lagi angkasawan menyertai misi 1969 ialah Michael Collins
Apollo 11 merupakan misi angkasa lepas terakhir bagi Armstrong.

Pada 1971, Armstrong, yang lahir di Ohio pada 1930, meninggalkan agensi angkasa lepas AS, Nasa untuk mengajar kejuruteraan angkasa lepas.

Armstrong pernah mengendalikan jet pejuang ketika Perang Korea pada 1950-an dan kemudian menyertai program angkasa lepas AS pada 1962.

Armstrong menyertai dua penerbangan ke angkasa lepas. Perjalanan pertama pada 1966, yang beliau bertindak sebagai komander misi Gemini 8, hampir-hampir berakhir dengan tragedi. Beliau berjaya mengembalikan pesawat angkasa lepas dengan selamat walaupun komponen penolakan roket mengalami kerosakan.

Perjalanan kedua pada Julai 1969, bersama Aldrin dan Collins, mengambil masa empat hari untuk tiba di destinasi.

Collins menyifatkan telah kehilangan seorang pengendali pesawat yang terbaik.
“Saya merasai kehilangan dia,” katanya.

[sumber]
ReadFull Article ..

Senin, 30 Desember 2013

Perompak Gunakan Seluar Dalam di Kepala

okezone.com
 
Foto: Orange
Foto: Orange
BOISE - Polis  di Idaho, Amerika Syarikat (AS), meringkus seorang perampok aneh yang menggunakan seluar dalam di kepalanya. Ulah ini terbilang anehnya.

Insiden ini terungkap saat seorang pemilik kedai kopi di Idaho melihat seorang lelaki yang menggunakan seluar dalam di kepalanya. Lelaki  aneh itu ternyata memasuki Big Star Coffee dengan maksud melakukan rompakan.

Pemilik kedai kopi Jason Wilson meyakini bahawa lelaki tersebut sepertinya tidak siap melakukan aksi rompakan. "Siap yang ingin melakukan rompakan dengan seluar dalam di kepalanya," tanya Wilson, seperti dikutip Emirates 24/7,   (21/5/2012).

Polis  pun mengatakan perompak tersebut berhasil melarikan sejumlah wang. Tetapi aksinya berhasil dirakam oleh kamera keselamatan. Tidak lama kemudian, perompak  itu pun berhasil ditangkap  polis dan terpaksa mendekam di penjara.
ReadFull Article ..

Sekitar Majlis Resepsi Adam AF dan Fiza Elite di Sabah

Sekitar Majlis Resepsi Adam AF dan Fiza Elite di Sabah | Satu majlis resepsi pasangan selebriti Adam AF dan isterinya Fiza Elite telah berlangsung pada 16 November 2013, bertempat di rumah pengantin lelaki, Adam AF, di Inanam Laut, Sabah.
Sekitar Majlis Resepsi Adam AF dan Fiza Elite di Sabah

Meskipun berhadapan dengan gosip liar yang mendakwa berlaku sedikit perselisihan faham antara mereka berdua baru-baru ini, namun kontroversi itu tidak langsung mempengaruhi ikatan suami isteri Adam AF dan Fiza Elite.

Sekitar Majlis Resepsi Adam AF dan Fiza Elite di Sabah
Sekitar Majlis Resepsi Adam AF dan Fiza Elite di Sabah | Satu majlis resepsi pasangan selebriti Adam AF dan isterinya Fiza Elite telah berlangsung pada 16 November 2013, bertempat di rumah pengantin lelaki, Adam AF, di Inanam Laut, Sabah.


sumber:
ReadFull Article ..

Minggu, 29 Desember 2013

Foto foto Pemabuk yang Unik dan Lucu kahkahkah

posted by indah.com on 13 Jun 2012

































sumber

ReadFull Article ..

Ratusan maut kerana cuaca panas

Cuaca panas di Britain, ratusan maut

LONDON - BRITAIN. Cuaca panas di Britain didakwa meragut kira-kira 760 nyawa dalam tempoh sembilan hari antara 6 dan 15 Julai lalu.

Dipetik Press TV, kajian menunjukkan cuaca panas terik itu turut menyebabkan kematian mengejut antara 540 dan 760 penduduk di negara tersebut.

Ketua Perlindungan Kesihatan Awam,Profesor Virginia Murray berkata, keadaan itu mencetuskan kebimbangan kerana ia meningkatkan risiko kematian.

Angka kematian mungkin meningkat kerana suhu dijangka meningkat sekali ganda iaitu 35 darjah Celsius sehingga minggu depan.

Difahamkan, cuaca panas melampau boleh menyebabkan strok haba, sekali gus mengakibatkan kerosakan otak dan kematian.
ReadFull Article ..

Sabtu, 28 Desember 2013

Bahana Banyak Sangat Terima Penajaan – Syarat Ketat Perkahwinan Zain Dan Che Ta


DITAJA lebih RM3 juta ringgit ternyata tidak memberi kebebasan sepenuhnya untuk pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengemudi perjalanan majlis perkahwinan mereka.

Persandingan berkonsepkan dalam taman itu mensyaratkan beberapa perkara yang harus dipatuhi oleh para tetamu, memetik laporan Berita Harian.

Memandangkan hak penyiaran majlis diberi kepada Astro, tiada stesen TV lain yang dibenarkan membuat liputan dan temubual bakal mempelai hanya dilakukan oleh pihak produksi Astro.

Syarat lain yang turut dikenakan ialah, media tidak dibenarkan merakam gambar mempelai, sebaliknya mereka boleh mendapatkannya dari pihak penganjur selepas majlis.

Kawalan keselamatan juga dipertingkatkan sekaligus hanya individu berdaftar yang akan mendapat akses masuk pada majlis nanti.

Majlis itu juga akan dihadiri oleh 500 tetamu yang terpilih.

Fuh, memang ketat syaratnya ya! Kami pun tak tahu hendak cakap apa. Mungkin ayat paling mudah, tiada apa yang boleh diperolehi secara mudah dan percuma di dunia ini.

Oleh: ELZA
ReadFull Article ..

Mengharukan Kisah Gadis Kanser yang meninggal setelah 5 hari berkahwin

2 Mac 2013

Kisah cinta sejati mengharukan, seorang gadis penderita penyakit kanser yang bertahan hidup demi mewujudkan pernikahannya. Bagi wanita pinangan untuk ikatan pernikahan adalah hadiah terindah yang diberikan Tuhan dalam hidup, begitupun untuk lelaki. Dan hal ini pula yang dirasakan oleh Gilliam Victoria, 21 Tahun yang mencoba bertahan dari ganasnya penyakit kanser demi mewujudkan hari terindah dalam hidupnya. Namun, ia seringkali harus menahan sakit luar biasa di punggungnya akibat penyakit kanker. 

Rasa sakit itu tetap dirasakan begitu kuat menembus Obat Morfin yang diberikan oleh doktor sebagai ubat penghilang rasa sakit. Begitupun untuk bernafas, Gilliam harus menggunakan oksigen kerana paru-parunya mengalami penyumbatan akibat kanker yang sudah menjalar. Namun itu semua tidak menghentikan mimpinya untuk melangsungkan pernikahan dengan Peter Savana, 23 tahun. Lelaki yang telah menjalin cinta dengannya sejak kelas 10.
Photo Peter (kiri) yang setia menemani Gilliam saat momen istirahat, dalam Prosedur Intravena untuk mengurangi jumlah cairan yang menyumbat di paru-parunya.


Photo Gilliam yang sedang berhias dirinya sesaat sebelum pernikahan berlangsung


Kedua Orangtua Peter memberikan acunganibu jari kepada puteranya atas keputusannya untuk tetap menikahi Gilliam.


Photo Peter memeluk Gilliam untuk menghibur nya sesaat sebelum upacara pernikahan


Photo Upacara Pernikahan Peter & Gilliam


Momen- momen bahagia saat berfoto bersama teman-teman dan tamu undangan pernikahan


Photo Gilliam yang kelelahan dan wajahnya tampak putih memucat seperti gaunnya



Sahabat anehdankonyol.com, lima hari setelah pernikahan, Gilliam dinyatakan meninggal. Tragis memang, Namun cinta sejatinya takkan pernah hilang, Dia tidak membiarkan penyakit kanser menghentikan mimpinya, menghilangkan harapan untuk mewujudkan hari terindah di dalam hidupnya. Dia memiliki pernikahan yang hebat dan buktikan cintanya dapat mengalahkan maut.



 
 anehdankonyol
ReadFull Article ..

Jumat, 27 Desember 2013

Pembantu Kedai Maut Dalam Nahas 3 Kenderaan


KUANTAN – Seorang pembantu kedai makanan maut dalam nahas jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Km132 Jalan Kuantan-Johor Baharu dekat Rompin semalam.

Mangsa, Tee Ah Moi, 39, beralamat di Kampung Orang Asli Batu 3 Jalan Sabak, Rompin mati semasa dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dari Klinik Rompin.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Trafik dan Pentadbiran, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman, dalam kejadian 3 petang itu, mangsa wanita itu menunggang motosikal jenis Kriss Modenas dari arah Kuantan menuju ke Rompin untuk ke tempat kerja.

“Di tempat kejadian, dipercayai semasa mangsa membelok ke kanan jalan dia telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Proton Wira yang mengekori terlalu rapat menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.

“Pada masa yang sama sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Innova yang berada di belakang Proton Wira terbabit turut melanggar dan menyeret mangsa beberapa meter,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa wanita itu mengalami cedera parah di kepala dan badan. – BERNAMA
ReadFull Article ..

6 Cara Menambah Daya Ingat

Lupa dan ingat adalah dua hal yang paling sering dialami manusia sepanjang hidupnya. Dengan mengingat segala hal penting pastinya bisa membuat urusan kita lebih mudah, sebaliknya kalau sedikit-sedikit lupa dan lupa lagi, awas jadi orang yang cepat pikun.


Ada 6 cara yang bisa membantu kita menambah kemampuan mengingat. Semoga terapi berikut bisa membantu.

1. Bangun pagi dan cium rosemary.
Dalam sebuah penelitian tahun 2003, para psikolog meminta 144 relawan untuk melakukan serangkaian uji coba tentang ingatan jangka-panjang, cara kerja ingatan, dan uji reaksi dan perhatian. Beberapa orang melakukan tes itu di ruangan yang bebas bau, beberapa di ruangan dengan bebauan dari minyak esensi rosemary, dan sisanya bekerja dengan bebauan minya lavender.

Hasilnya, mereka yang bekerja di ruangan dengan memiliki hasil yang bagus dalam ingatan jangka panjang dan kerja ingatan dibandingkan dengan yang bekerja di ruangan tanpa bebauan, sementara yang bekerja di ruangan beraroma lavender lebih jelek dalam hal kerja ingatan. Lebih jauh, mereka yang bekerja di ruangan beraroma rosemary merasa lebih terjaga dibandingkan dengan mereka yang bekerja di ruangan kontrol (tanpa bebauan). Nah, yang bekerja di ruangan beraroma lavender ternyata lebih merasa mengantuk.

Wah, rupanya lavender memang bagus untuk mengusir nyamuk. Tapi efek sampingnya bisa membuat kita lebih suka tidur.


2. Makanan untuk berpikir

Untuk menjaga ingatan tetap muda meski otak mulai menua, ilmuwan menyarankan mengonsumsi makanan yang kaya akan antioksidan seperti blueberry, apel, pisang, sayuran berwarna hijau tua, bawang, dan wortel.

Antioksidan merupakan molekul yang dengan mudah mengikat dan menetralkan elektron yang disebut dengan "radikal bebas" yang berkeliaran secara bebas di aliran darah. Radikal bebas ini bertambah seiring usia dan bisa membunuh otak.

Yang kedua, sebagian besar otak terbuat dari lemak sehat, termasuk yang paling penting adalah omega-3. Agar supaya otak bisa memperbaiki dirinya sendiri dan menjadi neuron-neuron tersambung dengan benar, kita harus memberikan makanan yang tepat buat otak. Nah, omega-3 ditemukan di banyak jenis ikan dan kacang-kacangan.


3. Kunyah permen karet
Penelitian pada tahun 2002 yang dilakukan di Inggris menemukan bahwa mengunyah permen karet memberikan hasil yang lebih baik pada uji ingatan jangka-panjang dan jangka pendek dibandingkan dengan mereka yang tidak mengunyah apa-apa.

Para ilmuwan menduga, tindakan mengunyah permen karet akan menghasilkan air liur yang meningkatkan denyut jantung; atau ia mempengaruhi fungsi daerah otak yang diberi nama hippocampus yang menyebabkan tubuh melepaskan insulin sebagai persiapan untuk metabolisme makanan.


4. Permainan otak
Sebuah program yang disebut dengan Lumosity, dikembangkan dengan bantuan ilmuwan saraf dan psikolog kognisi dari Standford University dan University of California di San Francisco, secara khusus dirancang untuk orang tua yang ingin memperbaiki ingatan, konsentrasi, keterjagaan, dan bahkan mood mereka.

Tentu saja, selalu ada olahraga otak yang klasik dan murah meriah, seperti Sudoku dan teka-teki silang yang bisa ditemukan di mana saja. Latihan-latihan itu akan menggugah pengetahuan dan membantu saraf-saraf di otak saling bersambungan.

5. Tidur.

Dalam skala penelitian di lab menggunakan tikus, saat tikus tidur, dua area di otak – hippocampus dan medial prefrontal cortex, area yang berkaitan dengan pengambilan ingatan dari masa lalu (baik di manusia atau tikus) – berputar menayangkan kejadian-kejadian sepanjang hari itu. Proses ini dipercaya sangat penting untuk mengonsolidasikan dan merapikan file-file ingatan-ingatan baru yang terbentuk.


6. Berjalan kaki

Penelitian menunjukkan bahwa pusat ingatan di otak yang disebut hippocampus menyusut seiring usia. Namun penelitian pada tahun 2011 memberikan kabar bagus: orang dewasa yang beranjak tua yang rutin melakukan jalan kaki dapat mempertahankan volume hippocampus.

Penelitian yang dipimpin oleh Arthur Kramer dari University of Illinois-Urbana Champaign itu melibatkan 60 orang dewasa berusia 55 sampai 80 tahun. Mereka melakukan jalan kaki tiga kali seminggu masing-masing selama 40 menit.

Aktivitas yang cukup untuk meningkatkan denyut jantung mereka. Peserta lain sejumlah yang sama melakukan latihan pengencangan otot latihan beban, yoga, dan peregangan, dalam intensitas yang sama.

Setelah setahun pengencangan, anterior hippocampus peserta hilang sedikit di atas 1 persen dari volumenya, secara rata-rata. Sebaliknya, setahun latihan aerobik membuat peningkatan sekitar 2 persen pada volume anterior hippocampus, membalikkan penuaan alami hippocampus selama sekitar dua tahun.

Ilmuwan percaya bahwa hal itu disebabkan oleh imbas latihan yang menimbulkan stres ringan yang memicu produksi faktor pertumbuhan di otak. Kemungkinan juga karena aliran darah yang lebih besar ke otak sehingga semakin banyak nutrisi dan oksigen yang dihantarkannya.


 sumber


Orignal From: 6 Cara Menambah Daya Ingat

ReadFull Article ..

Kamis, 26 Desember 2013

Senyuman Lelaki Ni Buat Kita Gelak!

senyum

Lawak betul la…apasal la lelaki ni senyum macam ni….
Apa pun…senyuman dia boleh jadi bahan buat kita semua gelak…
Muzik latar yang digunakan pun sangat membantu…
Kreatif betul…simple tetapi berjaya membuatkan orang ketawa. SUMBER

ReadFull Article ..

Bertarung Nyawa Dihempap 500 Bata


GEORGE TOWN — Seorang pekerja binaan Myanmar sedang bertarung dengan maut di Hospital Pulau Pinang selepas dihempap kira-kira 500 bata di sebuah tapak pembinaan di Bayan Lepas hari ini.

Berikutan kejadian itu, Hossain, 24, dimasukkan ke wad penjagaan rapi dan menurut doktor, dia kini berada dalam keadaan kritikal.

Ketika kejadian pada pukul 10 pagi, mangsa bekerja di tingkat empat sebuah bangunan yang sedang dibina apabila tiba-tiba lebih kurang 500 bata terjatuh dari tingkat 12 dan menimpanya setelah lantai alat pengangkut patah.

Akibatnya, Hossain jatuh ke tingkat tiga sebelum rakan sekerjanya menghantar mangsa ke hospital.

Sementara itu, adik mangsa Amir Hussain, 17, ketika ditemui di hospital berkata Hossain cedera di leher dan belakang badan.– BERNAMA
ReadFull Article ..

Rabu, 25 Desember 2013

ADUN Kadamaian Umumkan Keluar PKR


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Jeremy Malaja @ Malazad telah mengumumkan hari ini untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), lapor Malaysiakini.com.

Spekulasi ada ADUN dari Sabah akan keluar meninggalkan parti ekoran ketiadaan dua pemimpin PKR Sabah pada pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hujung minggu lalu sekali lagi bagai mengiyakan bahawa kedua-dua pemimpin itu tidak berpuas hati dengan parti itu.

Seorang lagi ADUN yang dikatakan sudah mempunyai masalah dengan kepimpinan PKR ialah ADUN Matunggong Jailani Hamdan tetapi menurutnya, beliau belum sampai ke tahap ingin meninggalkan parti.

Ketika dihubungi, Jailani memberitahu “Saya belum mencapai tahap itu lagi. Walau bagaimanapun saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan parti.” katanya memetik laporan mstar online.

Jailani berkata, beliau dan Jeremy tidak menghadiri mesyuarat perhubungan PKR Sabah dengan Anwar pada 1 Oktober lepas kerana mereka melihat tidak ada gunanya untuk mereka menghadirinya.

“Kami tidak boleh bekerja dengan ketua PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin lagi,” katanya, Isnin.

Beliau berkata, Anwar dan Lajim telah mengabaikan panggilan berulang mereka untuk mendapatkan wakil yang lebih baik untuk masyarakat Kadazandusun – Rungus dalam barisan kepimpinan negeri.

Khususnya, Jailani berkata, mereka telah meminta jawatan timbalan pengerusi PKR diisi wakil Kadazandusun – Rungus seperti mana yang dijanjikan Lajim tetapi kemudiannya melantik Adun Api-Api, Christina Liew.

“Saya tidak menentang sesiapa tetapi terdapat tiga Adun dan ahli Parlimen daripada masyarakat Kadazandusun – Rungus dalam PKR. Apa yang kita minta adalah keadilan,” katanya.

Beliau berkata sebagai ketua PKR Sabah, Lajim sengaja mengenepikan pemimpin Kadazandusun dan Rungus.

Beliau berkata, Anwar juga telah menamakan Lajim sebagai ketua pembangkang di Sabah tanpa berunding dengan Adun PKR dan DAP dengan sebaiknya.

Jailani berkata, ramai di kalangan Adun PKR dan DAP tidak memihak kepada Lajim yang menjadi ketua pembangkang.

“Malah di peringkat awal perbincangan nama Lajim tidak disuarakan tetapi tiba-tiba beliau dinamakan sebagai ketua pembangkang,” katanya.

Sumber : Mstar Online dan Malaysiakini.com
ReadFull Article ..

Kantoi lagi Ariel dan Luna

Salam 1 Malaysia,

Tengok tajuk pun dah surprise yer. Betul x? Luna dengan Ariel kantoi lagi.


original source : Carigold.com
ReadFull Article ..

Selasa, 24 Desember 2013

Video Artis perbodoh diri sendiri

Ada artis sumpah rela dipanah petir
 
Ya Allah! Kau makbulkanlah doa hambamu ini. Amin.

ReadFull Article ..

Haliza Misbun Seronok Membujang

Haliza Misbun

Lama juga kita tidak mendengar khabar dramatis popular sekitar 90-an yang seorang ini. Siapa yang boleh lupa pada Haliza Misbun, seorang pelakon wanita penuh attidude. Bertemu beliau baru-baru ini, kami sempat bertanyakan khabar dan perkembangan terkini dirinya.
Jelas Haliza, meskipun telah mencecah usia 40 tahun tetapi jiwa dan semangatnya tidak pernah tua. Malah pelakon yang pernah membintangi filem Andartu Terlampau ini sentiasa teruja, bersemangat dan lebih matang. Tiada rahsia awet muda, sebaliknya beliau mengamalkan senaman jogging setiap hari sejak 10 tahun dulu.
“Saya seronok dan sentiasa menikmati kehidupan solo saya. Saya sentiasa ada aktiviti yang saya nak buat. Saya dikelilingi oleh kawan-kawan, keluarga dan anak-anak buah. Say tak pernah rasa sunyi.
“Tak ada rahsia apa pun. Dari dulu lagi saya memang amalkan berjongging”, katanya yang kini nampak lebih langsing.
Meskipun belum berumah tangga namun Haliza dia tidak pernah berasa sunyi. Sebaliknya wanita ini sangat menikmati kehidupan solonya. Namun, katanya, beliau tidak menolak jika ada lelaki yang sudi dan sanggup untuk berkahwin dengannya.
Mengakui sebelum ini beliau memang cerewet dalam memilih pasangan kerana Haliza lebih tertarik dengan orang luar. Tetapi tapi sekarang kakak kepada pelakon Amanda Misbun ini tidak kisah lelaki berbangsa apa pun yang mendekatinya asalkan lelaki itu bukan suami orang.
“Kalau ada lelaki yang betul-betul ikhlas dan yang boleh saya get along, saya akan menerimanya. Saya dah bersedia untuk berkahwin. Tapi saya tak akan menerima lelaki itu kalau dia bersatus suami orang”, katanya yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan aktor dari Indonesia, Ari Wibowo.
Pekembangan lain, Haliza akan melancarkan novel pertama nukilannya bertajuk Cinta Rimau, selepas hari raya Aidilfitri nanti. Selain itu beliau akan menerbitkan sebuah program khas untuk wanita, Citra Wanita di saluran RTM.
“Dah lama tak berlakon. Jadi cara saya curahkan segala kreativiti saya adalah dengan menulis novel. Novel ni bukan tentang diri saya tapi ia sebuah novel fiksyen dan mistik”, terangnya. - Malaysian Digest
ReadFull Article ..

Senin, 23 Desember 2013

Bantuan RM100 Sekolah diminta jemput pemimpin BN

  • Wong Teck Chi & Koh Jun Lin
  • Malaysiakini Jan 11 2013
 
Beberapa sekolah di Johor telah di minta menjemput pemimpin BN untuk mengedarkan bantuan wang tunai RM100 kepada pelajar serta menaikkan kain rentang untuk majlis berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Ini terkandung di dalam dokumen yang ditemui di lamanweb Kementerian Pelajaran (MOE) dan beberapa pejabat pelajaran daerah (PPD) di Johor.

Lamanweb PPD Kota Tinggi PPD, satu persembahan Powerpoint menyatakan bahawa sesi penyampaian bantuah tersebut hendaklah dihadiri oleh "wakil rakyat BN atau wakilnya".

Menurut lamanweb tersebut, persembahan Powerpoint itu dibuat kepada guru-guru kanan di daerah itu pada 8 Jan.

Perkara yang sama juga boleh didapati pada surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MOE, Datuk Rosli Mohamed pada 5 Disember tahun lalu dan persembahan Powerpoint di lamanweb PPD Kluang.

ReadFull Article ..