Kamis, 27 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » SingaXII mampu sekat Selangor

SingaXII mampu sekat Selangor

RABU, 21 MAC 2012

Dua pemain SingaXII, Hariss Harun (tengah, melompat) bersama Madhu Mohana (turut melompat), masing-masing menyelamatkan kedudukan pasukan mereka yang tertekan sementara Sufian Anuar (kedua dari kiri) adalah penyumbang gol SingaXII manakala Bosko Balaban (kanan, jersi nombor 10) menyamakan kedudukan untuk Selangor.


SINGAPURA - SUDAHKAH SingaXII mampu mewarisi tradisi penguasaan pada Liga Bola Sepak Piala Malaysia?

Menurut keputusan seri 1-1 dengan Selangor di Stadium Jalan Besar malam tadi, tentunya perjalanan barisan pemain muda yang ada ketika ini masih lagi jauh.

Bagaimanapun, keputusan seri di depan 7,500 penyokong sendiri selepas 17 tahun tidak bertempur dengan musuh tradisinya itu jelas memberikan keceriaan.

Malah, maruah kedua-dua pasukan belum lagi tercalar selepas seri 1-1 pada pertemuan pertama Liga Super Malaysia pada 8 Februari lalu di padang lawan.

Lebih melegakan jurulatih SingaXII, V. Sundramoorthy, kejayaan dicipta ketika pasukannya tanpa tenaga kapten pasukan, Shahril Ishak, dan ramai pemain berpengalaman, termasuk penjaga gawang utama, Izwan Mahbud, pemain pertahanan, Baihakki Khaizan, Safuwan Baharudin, Saiful Esah dan Jumaat Jantan.

Sebaliknya, ketangkasan penjaga gawang harapan, Hyrulnizam Jumaat, dan benteng pertahanan yang diketuai Hariss Harun, tetap membanggakan semua.

Hyrulnizam muncul sebagai wira pasukan dengan menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dan pasti daripada para penyerang Selangor, termasuk tandukan Bosko Balaban pada minit-minit kecederaan separuh masa kedua.

Ketangkasan Hyrulnizam sedikit sebanyak menebus kekecewaan tuan rumah setelah Balapan menyumbatkan gol penyamaan pada minit ke-80.

Itulah peluang terbaik pemain penyerang Selangor itu yang disempurnakan menerusi tendangan bebas selepas beberapa percubaannya pada awal permainan sama ada ditangkis Hyrulnizam atau dipintas pemain SingaXII.

Bagaimanapun, itulah juga kesilapan benteng pertahanan SingaXII sepanjang 80 minit perlawnaan, selepas membendung serangan bertali arus anak didik jurulatih Irfan Bakti Abu Salim, yang jelas lebih berbahaya ketika ketinggalan 0-1.

Hariss, bersama rakan-rakannya, kurang mantap apabila membina tembok pertahanan di depan gawang SingaXII dan Balaban mencari celah pada hujung kiri kubu tersebut yang terdedah untuk menyumbatkan gol.

SingaXII memecahkan kebuntuan menerusi serangan balas kilat tinjauan tandukan Safuan Anuar yang menerima umpanan silang tepat daripada Safirul Sulaiman pada minit ke-62.

Gol itu juga peluang terbaik yang diperolehi SingaXII selepas penjaga gawang lawan, G. Jeevanantham asal Johor, tidak diuji langsung sepanjang pertarungan.

Yang jelas, padang tiruan yang diakui bukan masalah bagi anak buah jurulatih Irfan sedikit sebanyak menjejas kawalan permainan mereka dan itu dapat dimanfaatkan SingaXII.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar