Jumat, 07 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Langit Di Arafah Dijangka Cerah Semasa Wukuf

Langit Di Arafah Dijangka Cerah Semasa Wukuf


MAKKAH – Langit di ruang angkasa Arafah dijangka cerah dan berangin pada ketika tertentu dalam beberapa hari ini ketika lebih dua juta jemaah haji siap sedia untuk berhimpun di bandar Mina sebagai persediaan untuk mengerjakan Haji.

Suhu purata paling tinggi adalah antara 34 dan 35 darjah Selsius dan paling rendah antara 23-25 darjah Selsius, menurut ramalan cuaca terbaru oleh beberapa laman web termasuk accuweather.com.

Weathercity.com meramalkan cuaca cerah pada petang Isnin bila jemaah haji berhimpun di Arafah dari Zohor hingga Maghrib memohon keampunan daripada Allah SWT.

Rabu lepas, beberapa khemah di Mina dan Arafah runtuh akibat hujan ribut. Mulai semalam persiapan lojistik untuk wukuf berjalan baik dengan khemah untuk jemaah Malaysia siap didirikan.

Sementara itu, pihak berkuasa di Arab Saudi memberi jaminan bahawa segala langkah akan dilakukan demi menentukan perjalanan haji yang lancar. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar