Rabu, 26 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Dr Mahathir Azizan Seorang Sahabat Baik

Dr Mahathir Azizan Seorang Sahabat Baik


ALOR SETAR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak seorang sahabat yan baik walaupun berbeza parti politik.

Beliau berkata bekas Menteri Besar Kedah itu bersikap tidak keterlaluan dalam politik dan sanggup berbaik-baik dengan semua orang.

Katanya Azizan juga bersikap memenuhi permintaan orang ramai tanpa mengira parti ketika menjadi wakil rakyat dan Menteri Besar.

“Sahabat, sahabat… politik, politik. Perhubungan saya dengan dia memang baik.

“Dia (Azizan) seorang berpegang kuat kepada ajaran Islam dan tak pernah menyeleweng,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas upacara pengebumian jenazah Allahyarham Azizan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena, dekat sini hari ini.

Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pukul 11.05 pagi akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Allahyarham mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, selepas menewaskan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar