Sabtu, 15 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » Mati Akibat Laman Sosial

Mati Akibat Laman Sosial

Salam 1 Malaysia,


Inilah dia akibat daripada penangan bermain laman sosial Facebook. Sepatutnya laman tersebut digunakan sebaik yang mungkin tetapi dijadikan pula untuk tempat mengata kawan-kawan. Seharusnya menjadi iktibar kepada kita semua. Takziah untuk keluarga mangsa.


KULIM: Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu.


Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan. 


Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.


Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahuntidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka.





orignal source : My Metro

Tidak ada komentar:

Posting Komentar